Apa Akan Berlaku Apabila Diri Diutamakan?

Description

Sebagai seorang wanita, saya sangat memahami bahawa secara fitrahnya, kita memang suka untuk mengambil berat akan orang lain, terutamanya apabila individu tersebut berkait rapat dengan kita seperti ahli keluarga mahupun sahabat.

Tabiat ini seakan memakan diri sendiri, apabila kita lupa untuk mengutamakan diri kita sendiri.

Akibatnya, akhir-akhir ini, kes seperti kemurungan, tekanan jiwa, kebimbangan melampau dan sebagainya sering terjadi dalam kalangan masyarakat tanpa mengira faktor usia.

Jadi, pada pagi ini, terdetik di hati saya untuk berkongsi beberapa tip untuk para wanita di luar sana agar mengutamakan diri sendiri dan menyayangi diri sendiri supaya kita boleh atasi masalah yang saya sebutkan tadi.

Mari tonton bersama dan ingat, sayangi diri anda dahulu!

#PuanMary #GuruImej
#PuanMaryDailyTalk
#PuanMaryDailyVideo

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *