Cara Bergaya Wanita Bahu Lebar

Description

Jika pada sebelum ini saya berbincang mengenai tubuh badan berbentuk bulat, pada kali ini, saya akan berkongsi mengenai tubuh badan berbentuk kon atau inverted triangle.

Secara ringkas, tubuh badan berbentuk kon atau inverted triangle ini adalah mereka yang mempunyai bahu lebih lebar dari pinggul atau punggung.

Saya percaya kebanyakan wanita yang mempunyai tubuh badan berbentuk begini adalah mereka yang mungkin berkecimpung di dalam bidang sukan ataupun mempunyai genetik yang sememangnya berbahu lebar.

Sekiranya cikpuan adalah salah seorang yang mempunyai tubuh badan berbentuk kon, jangan terlalu khuatir dengan bahu cikpuan. Masih banyak gaya yang boleh dipraktikkan, tetapi, wajib tahu cara yang betul.

Mahu tahu cara bergaya yang betul? Mari tonton video ini.

Nota: Saya tahu sudah ramai yang mula mencari baju raya. Apa kata cikpuan tonton video ini untuk fahami dahulu bentuk badan supaya raya kali ini lebih bergaya!