Bahu Lebar? Ini Cara Bergaya Yang Betul

Description

Sebelum ini saya berbincang mengenai badan berbentuk bulat dan badan berbentuk pear.

Pada kali ini, saya akan berkongsi mengenai badan berbentuk kon atau inverted triangle.

Secara ringkasnya, badan berbentuk kon atau inverted triangle ini adalah mereka yang mempunyai bahu lebih lebar berbanding pinggul atau punggung.

Saya percaya kebanyakan wanita yang mempunyai badan berbentuk begini adalah mereka yang berkecimpung di dalam bidang sukan ataupun mempunyai genetik yang sememangnya berbahu lebar.

Sekiranya cikpuan adalah salah seorang yang mempunyai badan berbentuk kon, usah khuatir. Masih banyak gaya yang boleh dipraktikkan dengan mengetahui cara yang betul

Apakah cara bergaya yang betul itu? Mari tonton video ini.

Nota: Saya tahu sudah ramai yang mula mencari baju raya. Apa kata cikpuan tonton video ini untuk fahami dahulu bentuk badan supaya raya kali ini lebih bergaya!

#PuanMary #GuruImej
#PuanMaryDailyTalk
#PuanMaryDailyVideo

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *