Tip untuk Badan bentuk pear

Keterangan

Majoriti wanita yang saya temui mempunyai tubuh berbentuk pear. Wanita dengan tubuh berbentuk pear mempunyai bahagian tubuh di bawah pinggang yang lebih lebar daripada bahagian atas tubuh.

Saya percaya ramai wanita di dalam kategori ini memerlukan tip untuk memilih pakaian supaya mereka tampil lebih cantik, kemas dan rapi.

Adakah cikpuan mempunyai badan berbentuk pear? Mari tonton video yang mengandungi tip-tip khusus untuk wanita dengan tubuh berbentuk pear.