Written by PMTV
Puan Mary, seorang guru imej yang tidak asing lagi, beliau mempunyai pengikut (followers) lebih 180,000 di Facebook dan sering menjadi rujukan utama oleh individu dan organisasi yang mahu mendalami ilmu imej. Kredibiliti beliau turut menjadi faktor beliau kerap diundang berkongsi di media seperti Astro, RTM, TV3, TV Alhijrah, Harian Metro dan lain-lain. Puan Mary menggunakan platform Puan Mary TV (PMTV) untuk berkongsi ilmu imej dalam bentuk video yang mudah dipelajari dan di fahami.