Teknik Suai Padan Warna Hijau

PMTV Oktober 21, 2019 387 Tiada Ulasan

image

Masih kurang pasti apakah warna yang boleh dipadankan dengan warna hijau?

Sebelum ini saya akan kongsikan padanan warna biru atau lainnya. Hari ini saya mahu kongsikan pilihan warna yang pasti sepadan dengan pelbagai jenis warna hijau.

Fakta berkenaan warna hijau:

  1. Warna hijau merupakan warna kedua popular selepas warna biru.
  2. Warna hijau dikenali sebagai warna yang selamat kerana warna hijau digunakan sebagai tanda “jalan” pada lampu isyarat jalan raya, keretapi dan laluan kapal. Kebanyakan negara di dunia juga menggunakan warna hijau sebagai warna simbol laluan kebakaran.
  3. Kebanyakan pakar mata menyarankan untuk melihat warna hijau selepas menghadap skrin komputer untuk jangka masa yang lama kerana warna hijau mampu meredakan mata yang letih.
  4. Warna hijau merupakan warna kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.

Warna hijau merupakan salah satu warna yang saya suka. Cikpuan minat warna apa? Mari kongsikan di ruangan komen.

Nota: Padanan warna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memilih pakaian, juga boleh digunakan untuk menghias rumah.

Inilah beberapa warna yang sesuai di padankan dengan warna hijau, termasuk padanan baju dan tudung, rumah, atau lainnya.

Padanan warna ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memilih pakaian, juga boleh digunakan untuk menghias rumah. Baca juga >> Padanan Warna Baju Pengapit Pengantin / Bridesmaid Terbaik 2019