Kulit Kering Tetapi Berjerawat? Ini Puncanya!

You must need to login..!

Keterangan

Anda Mempunyai Jenis Kulit Kering Tapi Berjerawat?

Setiap kulit cenderung untuk mengalami masalah jerawat di muka. Walaupun kulit berminyak dan kombinasi sering dikaitkan dengan masalah ini, kulit kering juga tidak terkecuali.

Ciri-ciri kulit kering seperti kurang kelembapan, mudah iritasi dan sensitif menyebabkan mereka mempunyai skin barrier yang lemah. Perkara ini menjadi punca utama kulit kering boleh menerima pelbagai masalah kulit termasuklah jerawat.

Jerawat pula sering dikaitkan dengan minyak berlebihan tetapi tahukah anda bahawa ada mekanisme lain yang menyebabkan jerawat terjadi di muka? Apabila salah satu mekanisme ini berlaku atau bergabung, liang pori akan tersumbat, maka jerawat akan terhasil.

Jadi, tidak mustahil untuk sesetengah individu mengalami masalah kulit kering dan berjerawat!

Walaubagaimanapun, tidak perlu khuatir, seperti kulit lain, masalah jerawat pada kulit kering ini juga boleh dipulihkan dengan rutin penjagaan kulit muka yang betul.

Oleh itu, bagi membantu #glowwegirls dan #glowweguys mencari skincare untuk rawat masalah kulit kering dan berjerawat, kami sediakan video kali ini dengan perbincangan mengenai:

– Mekanisme jerawat (Bagaimana jerawat terjadi?)
– Bagaimana kulit kering boleh ada jerawat?
– Cara mengatasi masalah jerawat pada kulit kering.

Selamat menonton.
Lebih banyak video: https://bit.ly/glowwe

Stay In Touch!
Instagram: https://instagram.com/glowwe.official
Website: https://puanmary.com/c/glowwe
Facebook: https://facebook.com/glowwe.official
Tiktok: https://tiktok.com/@glowwe
Twitter: https://twitter.com/glowwe_official