Milia atau Biji Kolesterol? Ini 4 Cara Merawat dan Hilangkan Milia yang Betul

You must need to login..!

Keterangan

Adakah glowwegirls dan glowweguys memiliki Milia? Atau mungkin memiliki biji kolesterol di kawasan hidung, mata, leher, atau di muka? Kalau ada, biasanya anda akan tertanya-tanya bagaimana kah cara yang betul untuk merawat/mengatasi dan hilangkan biji kolesterol ini. Apa sahaja kah produk terbaik yang sesuai digunakan untuk menghilangkan milia seeds dan biji kolesterol. Dan juga cara mencegah dan merawat milia.

Sepanjang saya melaksanakan kelas penjagaan kulit, ramai yang panggil biji-biji kecil putih yang ada pada kawasan sekitar matanya sebagai biji kolesterol (atau nama lainnya Xanthelasma).

Tidak tepat. Ia sebenarnya milia.

Biji kolesterol berbeza rupanya dengan milia. Biji kolesterol biasanya rata dan mempunyai lembut. Ia mempunyai bentuk yang tidak tetap dan bahagian tepi yang jelas.

Ia juga biasanya mempunyai warna yang kekuningan dan boleh ada pada seluruh tubuh. Hanya orang yang ada tahap kolesterol tinggi mempunyai biji kolesterol.

Milia pula ialah biji-biji kecil dengan saiz sekitar 1-2 milimeter sahaja. Ia sebenarnya ialah keratin (sejenis protein kulit) yang terperangkap di bawah kulit. Milia cenderung ada pada kawasan wajah sahaja.

Bagaimana cara merawat milia seeds? Apakah produk terbaik untuk hilangkan milia seeds? Tonton video ini!

#milia #bijikolesterol #miliaseeds

Stay In Touch!
Instagram: https://instagram.com/glowwe.official
Website: https://puanmary.com/c/glowwe
Facebook: https://facebook.com/glowwe.official
Tiktok: https://tiktok.com/@glowwe
Twitter: https://twitter.com/glowwe_official