Produk Tempatan?! Pandangan Pertama untuk Kayman Beauty.

Keterangan

Hai semua!

Baru-baru ini saya menerima kejutan untuk unboxing produk keluaran KAYMAN BEAUTY.

Produk Kayman adalah keluaran Kayman Beauty yang merupakan sebuah syarikat bumiputera yang tegas mahu melahirkan produk lokal yang bagus dan setaraf antarabangsa!

Apabila membuat sedikit kajian mengenai latar belakang produk ini, saya berasa kagum apabila mendapati prinsip mereka adalah untuk mengubah stigma pandangan negatif masyarakat Malaysia terhadap produk tempatan.

Saya percaya pandangan negatif yang dimaksudkan adalah kerana ramai yang takut untuk mencuba produk tempatan setelah viralnya isu ‘produk timbang kilo’.

Kayman menyatakan bahawa mereka telah melakukan pelbagai uji kaji dengan bantuan daripada pakar dan pihak profesional sebelum mengeluarkan produk-produk ini.

Jadi, adakah bahan, tekstur dan bungkusannya (packaging) menepati syarat produk yang lulus dan selamat?

Mari tonton pandangan pertama saya mengenai produk ini sebelum kita mencubanya! Jangan terlepas.

 

💖 Produk di dalam video:

➡️KAYMAN Skintella Repairing Serum 30ml

Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a138ka

➡️Coal Face Soap Beauty

Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a138kb

➡️Coalface Cleanser by Kayman Beauty

Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a138k9

➡️Rosa Glow Treatment Essence by Kayman Beauty

Boleh didapati di: https://t.productlink.io/a138k8