Tip Pakaian Raya

Description

Siapa yang mahu tip untuk beli baju raya tahun ini?
Boleh tonton dan kongsikan video ini. Boleh juga dijadikan rujukan sebelum raya setiap tahun.

Video Raya bersama Puan Mary ini adalah berkisar tentang tip penampilan dan etika berhari raya. Dalam episod 1 ini, Puan Mary kongsikan 5 perkara penting ini:

1) Tip sedondon suami isteri, anak-anak dan seluruh keluarga. Bukan hanya warna sama baru disebut sebagai sedondon ya…

2) Tip baju evergreen! Ini tip jimat yang encik suami pasti suka. Pakai raya cantik, pakai kerja pun boleh.

3) Tip pakaian raya untuk wanita plus-size agar boleh kelihatan lebih kurus dan kelihatan bertambah tinggi.

4) Tip pakaian raya untuk wanita rendah dengan ketinggian bawah 150cm. Ada pilihan corak tertentu yang perlu berhati-hati sebelum pilih.

5) Tip padanan warna baju dan tudung! Ini topik kegemaran ramai follower saya. Saya kongsikan jawapan sekali dengan contoh baju dan warna.

Durasi video ini ialah 24 minit. Boleh tonton sedikit demi sedikit. Paling penting, ilmu itu sampai kepada cikpuan semua.

Dalam keghairahan membuat persiapan raya, jom kita sama-sama meriahkan Ramadan dan gandakan pahala di bulan mulia ini.

#PuanMary #GuruImej