Gaya Tudung Raya

Description

Dalam episod 2 ini, saya akan bercerita khas tentang item paling penting bagi wanita iaitu tudung.

Apakah yang dikongsikan dalam video ini?

1) Pilihan antara shawl dan square (bawal) bergantung kepada tahap ‘kelasakan’ dan keselesaan cikpuan di pagi raya.

2) Tip memilih finishing tudung dan kesannya kepada cikpuan. Juga ada dikongsikan cara mengenal kualiti tudung yang bagus.

3) Juga disentuh tentang pemilihan anak tudung, jenis dan warna untuk dipertimbangkan.

4) Paling dinantikan, 3 jenis styling atau gaya tudung yang bersifat:
– minimal
– feminin
– ‘stylish’

5) Tak dilupakan banyak tip lilitan untuk nampak kurus, sembunyikan pipi bulat atau dagu berlipt (double chin).

Mohon cikpuan semua share video ini kerana saya sangat pasti cikpuan mahu rujuknya kembali di pagi raya nanti.

Nota: Adakah cikpuan belajar sesuatu? Apakah perkongsian yang paling cikpuan suka dalam video ini? Mari kongsikan di ruang komen.

#PuanMary #GuruImej