Ayam Masak Taucu

Description

Video kali ini berbeza dengan video-video saya sebelum ini. Kali ini saya mahu berkongsi cara saya memasak yang sangat mudah, cepat disiapkan, menggunakan hanya 5 bahan dan semestinya enak untuk dimakan.

Untuk episod pertama ini, menunya adalah Ayam masak taucu. Ayam masak taucu adalah menu kegemaran semua staf saya. Setiap kali kami adakan potluck di pejabat, pasti mereka yang minta saya sediakan menu ini.

Ayam masak taucu hanya menggunakan 5 bahan sahaja iaitu:

1) Ayam
2) Taucu
3) Bawang merah
4) Kentang
5) Cili merah

Cara masaknya ada di dalam video ini. Selamat menonton dan selamat mencuba! 😊