Daging Brokoli

Description

Resepi 5 Bahan

Daging Brokoli

Kebiasaanya selepas perayaan Aidiladha pastinya peti ais rumah kita dipenuhi dengan daging korban. Oleh itu, minggu ini saya mahu kongsikan salah satu resepi menggunakan daging sebagai bahan utama.

Seperti biasa saya hanya menggunakan 5 bahan sahaja untuk memasak daging brokoli ini. Bahan-bahannya adalah:

1) Daging
2) Brokoli
3) Tepung Jagung
4) Sos Tiram
5) Lada Hitam

Cara masaknya ada di dalam video ini. Selamat menonton dan selamat mencuba! 😊