Shopping Raya Bersama Puan Mary Di AEON 2019

Description

Video kali ini sangat istimewa! Saya bawa cikpuan ikut saya ‘shopping’ di AEON MALL Rawang Anggun.

Semasa rakaman ini dibuat, saya telah lihat koleksi pakaian raya untuk wanita di AEON dan kenal pasti beberapa corak dan aplikasi teknik yang bagus seperti:

– teknik garis lurus dan menyerong untuk dapatkan ‘slimming effect’

– corak yang klasik atau evergreen

– penggunaan fabrik cotton dan kain kaftan

– kombinasi warna baju dan kain yang nampak tradisional atau yang menyerlahkan keanggunan.

Yang paling menarik, harga pakaian raya di AEON adalah sangat berpatutan dan ada banyak pilihan berdasarkan bentuk tubuh serta personaliti.

Cikpuan sudah beli baju raya untuk tahun ini? Tempah atau beli yang sudah siap? Jika belum, apa kata hujung minggu ini singgah di Aeon dan dapatkan baju raya untuk satu keluarga!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *